Cool Blue Outer Glow Pointer

Tazkirah sikit...

Friday, February 22, 2013

Tentang setiap musibah yang mendatang pasti ada hikmah disebaliknya dan kita perlu berprasangka baik agar jiwa akan tenang insyaallah.

Allah S.W.T. tahu segala apa yang telah berlaku, sedang berlaku dan akan berlaku. segala yang diciptakan ada hikmah disebalik kejadian.
Jika kita diuji dengan kesakitan, maka itu tandanya kita disucikan dosa dari Allah.
Dalam satu keluarga itu, dalam banyak-banyak anak, mesti ada seseorang yang Allah jadikan, ada yang sedikit nakal sebab, Allah rindukan tangisan ibu bapa yang mendoakan anaknya itu.
Kalau Allah jadikan semuanya baik, besar kemungkinan kita akan berasa riak dengan apa yang ada.

contohnya masa kita tengah tidur di asrama tapi ada mendengar bunyi bising bermain musik, jadi kita mesti berfikiran positif yang mereka sedang belajar mungkin esok ada test atau kuiz, dan berprasangka yang musik tersebut menggelakkan mereka dari tertidur... :)

My manja

Sunday, February 17, 2013

Manja satu2nya kucing yang ada dekat rumah ni, kucing betina dah berbadan dua tapi perangai dia tak ubah-ubah huhuhu...
manja buat perangai time semua nak tidur masuk bilik, manja macam manusia je, takut tidur seorang. Bila semua masuk tidur dia mula buat bising kat luar bilik nak masuk jugak... isshh2 ni semua adik jaja yang sangat mengada selalu tidur dengan manja, so manja memang tak biasa tidur seorang. tapi nanti lau dah lahir baby manja tak de la tidur seorang lagi... :)

 pic manja tak jelas sangat la...



Hujan rahmat

Thursday, February 14, 2013

hari ini hari khamis, bagi ku hari ini sangat tenang dan sejuk dengan titisan hujan yang membasahi bumi. bagi ku cuaca seperti ini tidak  akan melabuhkan dirinya pada petang dan malam kerana ia akan seperti subuh hari yang amat gelap dan sejuk... huhuhu

bila hujan lebat macam ni pasti sesiapa sahaja akan teringat waktunya kecil dahulu bermain hujan, seperti aq, aku dan rakan-rakan akan bermain pasir dan membuat saliran air dan kolam, waktu hujan adalah sangat dinanti-nanti.







waktu itu mak ayah sibuk mencari-cari dan memanggil-manggil anak-anaknya untuk balik ke rumah kerana takut akan anaknya jatuh sakit. mereka akan mengacah-acah tuk merotan, time 2 semua lari bertempiaran mencari rumah hahahaha...








saat paling best dan sedih bila jatuh sakit, sebab ada orang jaga tapi sedihnya sebab x boleh nak main hahaha kesian pada mereka yang demam disebabkan mencari hujan bukannya mencari rezki, tapi itu semua pengalaman diwaktu mengenal keseronakan huhu...

waktu yang berlari amat laju sehingga kita tidak dapat mengejarnya, walaupun tertinggal inilah waktu yang kita ada dan perlu memilih untuk sama ada berlari atau tetap berjalan melihat dunia ini.
Bila melihat mutiara ini jatuh mahupun lembut ke bumi kita hanya mampu melihat, bukan bermain walaupun adalah sekilas detik untuk bermain dibiarkannya ke awangan kerana tiada teman kecil lagi untuk bermain... remaja seperti ku hanya mampu melihat di jendela kerana tidak mampu keluar menghabiskan waktu remaja seperti insan lain.

Namun kita harus bersyukur akan pada Allah S.w.t kerana hujan ini membawa seribu rahmat kepada semua, kepada insan yang penat mencari rezki dapat merehatkan diri dapat menterapikan diri, kepada petani, hasil kerja keras akan subur tumbuh malar bersama tumbuhan liar tanpa bertuan...

kasih jaja

Wednesday, February 13, 2013



sesuatu yang kita impikan sukar diraut
namun apa yang kita elak datang meraut

dugaan yang datang adalah guru
mgajar kita erti ilmu

menghargai seadanya
menjauh ego dunia

mencari keredhaan
memohon kejayaan
didunia dan akhirat....