Cool Blue Outer Glow Pointer

Hujan rahmat

Thursday, February 14, 2013

hari ini hari khamis, bagi ku hari ini sangat tenang dan sejuk dengan titisan hujan yang membasahi bumi. bagi ku cuaca seperti ini tidak  akan melabuhkan dirinya pada petang dan malam kerana ia akan seperti subuh hari yang amat gelap dan sejuk... huhuhu

bila hujan lebat macam ni pasti sesiapa sahaja akan teringat waktunya kecil dahulu bermain hujan, seperti aq, aku dan rakan-rakan akan bermain pasir dan membuat saliran air dan kolam, waktu hujan adalah sangat dinanti-nanti.







waktu itu mak ayah sibuk mencari-cari dan memanggil-manggil anak-anaknya untuk balik ke rumah kerana takut akan anaknya jatuh sakit. mereka akan mengacah-acah tuk merotan, time 2 semua lari bertempiaran mencari rumah hahahaha...








saat paling best dan sedih bila jatuh sakit, sebab ada orang jaga tapi sedihnya sebab x boleh nak main hahaha kesian pada mereka yang demam disebabkan mencari hujan bukannya mencari rezki, tapi itu semua pengalaman diwaktu mengenal keseronakan huhu...

waktu yang berlari amat laju sehingga kita tidak dapat mengejarnya, walaupun tertinggal inilah waktu yang kita ada dan perlu memilih untuk sama ada berlari atau tetap berjalan melihat dunia ini.
Bila melihat mutiara ini jatuh mahupun lembut ke bumi kita hanya mampu melihat, bukan bermain walaupun adalah sekilas detik untuk bermain dibiarkannya ke awangan kerana tiada teman kecil lagi untuk bermain... remaja seperti ku hanya mampu melihat di jendela kerana tidak mampu keluar menghabiskan waktu remaja seperti insan lain.

Namun kita harus bersyukur akan pada Allah S.w.t kerana hujan ini membawa seribu rahmat kepada semua, kepada insan yang penat mencari rezki dapat merehatkan diri dapat menterapikan diri, kepada petani, hasil kerja keras akan subur tumbuh malar bersama tumbuhan liar tanpa bertuan...

0 komen 'kasih jaja':

Post a Comment