Cool Blue Outer Glow Pointer

gaduh, baik, bermasam muka last2 akan berdamai... masam manis kehidupan

Thursday, March 7, 2013

Tak lengkap hidup kalau kita tak menempuh masam manis pahit masin cam2 lagi rasa la, macam air kalau tak de gula memang tak sedap, lauk klau tak de garam mmg la tak rasa, dan ubat kalau tak pahit memang bukan ubat namanya, So semua rencah2 ni perlu ada dalam kehidupan kita. Masa zaman bermain pondok, bila bergaduh pada ketika itu hanya mampu bertahan berberapa minit je dan terus berbaik mencari teman bermain. Mudah lupa, perkara yang kita bawa pada zaman kecil tidak akan membawa kepada protes pada fikiran, tetapi membawa pada bait2 pelangi dipenuhi pada ruang2 fikiran. Tetapi usia yang kian melonjak mempamerkan tingkah laku kita yang memang dipenuhi dengan dunia, pilih kasih, pengikut dan macam2, admin juga mempunyai banyak silap juga, tetapi sebagai manusia kita memang mempunyai banyak kesilapan... Pada saat ini apabila kita bergaduh atau mempunyai perselisihan antara sahabat, jiwa mula memberontak, hati kita mula mencari salah, mencipta imaginasi yang melampau sehingga sanggup 'menikam belakang kawan sediri, 'tidak jujur pada watak' dan biarkan ia melarat sehingga tidak menemui sisi hujung, , apa salahnya kita mencuri perangai kebudakan dulu  pabila bergaduh akan berbaik semula, tiada imaginasi yang gelap hanya penampakan pelangi selepas hujan bukan pelangi senja yang hanya mempamerkan 1 warna,  Kadang kala apabila kita menempuh usia ini kita mahu mengali semula usia yang sudah tertimbus kembali namun usia kita sudah lama tertimbus, namun kita perlu sedar dan bersyukur kerana kita telah pun melalui fasa2 ini dan perlu beringat yang kita semua sama dan kita hanya menumpang dan hanya sementara berada disini, jadi bersahabat la pada orang yang bermusuh, kenali diri muhasabah diri... :P bantu diri untuk kenal diri

Cinta

Sunday, March 3, 2013

Cinta banyak maksud, cinta pada Allah S.w.t , cinta pada Nabi kita, pada keluarga & pada insan yang mungkin akan menjadi cinta halal pada kita... cinta yang akan kekal abadi adalah cinta pada Allah S.w.t, cinta yang mulia apabila kita cinta pada Nabi Muhammad s.a.w dan cinta kita pada mak ayah kita akan mendapat cinta yang direstui dan berkekalan.. dan perlu dingat kita perlu cinta pada akhirat, kerana semua itu adalah pinjaman untuk kita dan akan diambil semula jadi kita perlu bersyukur dengan cinta yang diberikan...

Adik Beradik


Hubungan adik beradik ibarat air yang dicincang pasti takkan putus, seperti angin dan awan yang bersama2, ibarat ombak dan pantai yang mengikut dll.
kehidupan adk beradik sering diwarnai dengan corak-corak... bergaduh,  suka duka, tawa nangis semua akan dilalui... lukisan yang kita lalui semasa kecil memang pantas dan masih boleh dilukis semula. Masing2 membesar mencari warna kehidupan masing2 lukisan mulai pudar, melukis corak baru bersama tangan2 baru & akan menerangkan lukisan yang tlh pudar...